Rabu, 04 April 2012

‎Buat Renungan Kita Bersama

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu di mandikan
Berwuduklah kamu sebelum kamu di wudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan
tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yg serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yg hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan di letakkan di atas lantai
Lalu di laksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam
Beserta Al-Fatihah, selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntunan Fardhu Kifayah



Tapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup..??
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput..??
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru Ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu di usung ke liang lahat
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara

tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu di sucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu di sedarkan
Dengan panggilan ' Izrail ' yg menakutkan

Berimanlah kamu sebelum ditalqinkan
Kerana ianya berguna untuk yg tinggal
Bukan yg pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Allah
Dan dibumbungi dengan langit Allah
Serta menikmati rezeki Allah
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah, lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai arti

Ingatlahasal usulmu yg tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia untuk buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ' Haiyya 'alas solah '
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ' Haiyya 'alal Falaah '
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yg kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjan jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Allah
Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta, isteri, suami, anak
dan kekayaan didunia...

Wallahualam..... — bersama silvy faudziah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar